Selasa, 11 Mac 2008

Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah

Bahang pilihan raya tambah mendebarkan. Semua jentera pilihan raya sudah menekan gear lima untuk menuju ke garisan penamat dalam pertandingan yang menentukan corak kepimpinan negara. Johor memang termaktub sebagai `Kubu kuat Umno'. Ibaratnya secawan kopi yang pekat, likat dan pahit. Sukar untuk mengubah minda atau fahaman rakyat Johor Darul Takzim.
Dalam kempen pilihan raya sejak tahun 1959 hingga 2004 sukar untuk melihat kibaran bendera lambang PAS berada di jalan raya atau di kampung-kampung. Jika ada yang berani memacakkan lambang PAS, individu tersebut akan dipulaukan. Pernah berlaku tahun 80an di rumah seorang ustaz dibaling najis oleh anak-anak muda disebabkan lambang PAS berkibar di rumah tersebut. Inilah padahnya jika rakyat Johor menyokong PAS secara terang-terangan.
Bagaikan tidak percaya suatu perubahan yang berlaku dalam kempen pilihan raya ke-12. Kibaran lambang PAS berada di setiap pokok dan tiang elektrik sepanjang jalan dari bandar Batu Pahat hingga Batu 13, Jalan Kluang, Air Hitam. Kampung bekas Adun Parit Raja, Aziz Kaprawi pun dipenuhi dengan bendera PAS. Apa sudah jadi, hati saya bersoal jawab seorang. Bukan tidak ada bendera lambang BN tetapi kewujudan bendera PAS mengejutkan saya yang sudah tinggal di Kuala Lumpur selama 18 tahun. Seorang warga emas yang ditemui, Mariam Abdullah melahirkan kemarahan dan tidak puas hati dengan pimpinan Umno Seri Gading ekoran pembahagian peruntukkan banjir tahun lalu tidak dibagi secara adil.
"Bukan saja mak cik marah semua orang kampung marah dengan sikap pimpinan Umno tak adil bagi beras, susu, duit. Kita yang tidak pindah ke sekolah tak dapat langsung bantuan. Tapi bantuan yang sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir dibawa balik AJK Umno," katanya.
Seorang ibu muda, Fazlina Mohamad terkilan dengan sikap calon Umno Parit Raja, Aziz Kaprawi yang menggunakan kesempatan mengutuk kerajaan Kelantan ketika berkempen di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Taman Panchor, Batu Pahat.
Majoriti penduduk di Parlimen Seri Gading lebih kurang 75 peratus Melayu, 15 peratus Cina dan selebihnya India. Tinjauan saya mendapati, bukan saja bendera PAS itu terpacak di kawasan Melayu bahkan kedai runcit dan perkampungan masyarakat Cina turut dikibarkan bendera lambang PAS.
Beberapa slogan di kedai runcit Cina terdapat kain rentang `Minyak naik 30 sen', poster Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Kain rentang yang tertera di Kampung Baru pula, 'Kami menentang BN harga barang naik'; 'Kerajaan BN najis, buat bangkrap negara', 'Undi PAS Nik Aziz, negara berkebajikan'.
Penyandang kerusi Parlimen Seri Gading (Umno) Dato' Mohamad Aziz dicabar oleh KeADILan manakala Dun Parit Raja, PAS, Mustapha Abdul Rahman akan mencabar Aziz Kaprawi dan DUN Parit Yaani, PAS Ustaz Hashim Yusuf akan mencabar MCA.
Tidak mustahil dalam pilihan raya ke-12 ini Kubu kuat Umno akan diruntuhkan oleh pembangkang PAS dan KeADILan. Suara kebangkitan rakyat bukan saja berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Terengganu bahkan kubu kuat Umno turut mengalami perubahan tersebut.
Ramai penduduk di Batu Pahat beranggapan mungkin untuk melihat Johor dikuasai PAS berat tetapi untuk memastikan suara pembangkang bertambah amat menyakinkan.

Isnin, 3 Mac 2008

Fair and Free Election


8 Mac 2008 merupakan tarikh keramat bagi negara ini. Ianya pasti merubah bentuk pentadbiran negara pada amnya. Pada dasarnya, walau siapa pun yang mentadbir negara, perubahan drastik menjadi satu janji buat kita. secara kasar kita dpt menilai betapa bersungguhnya kerajaan barisan nasional cuba untuk menumbangkan kerajaan kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. telah dapat diagak bahawa pilihanraya kali ini bakal menjadi pilihanraya ter'kotor' dalam buku catatan sejarah kerajaan Malaysia yang demokrasi. Apakah yang akan berlaku keatas kelantan selepas kubu terakhir kerajaan Parti Islam Semalaysia itu jatuh didalam genggaman kerajaan Barisan Nasional? satu persoalan yang sering terbayang bayang di benak semua rakyat kelantan. Adakah semua manifesto yang telah dicanai itu akan terlaksana? atau sebuah Kerajaan dengan Negara Berkebajikan akan tertegak utuh dibawah lembayung Islam...... Allahu A'lam.

Rabu, 26 Disember 2007




Sure Heboh haram; JIM & ABIM setuju


Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti telah menetapkan pendirian mereka bahawa konsert Sure Heboh yang dianjurkan oleh TV3 haram. Ia dikatakan dapat melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Kenyataan tersebut telah disambut baik oleh Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)dengan menyanjung pendirian berani mufti-mufti untuk memberi pandangan secara terbuka tentang isu-isu yang penting kepada masyarakat. Menurut Presiden JIM, Zaid Kamaruddin (gambar kanan), amalan ini hendaklah digalakkan agar pandangan agama tersebar luas kepada masyarakat dan masyarakat mendapat bimbingan daripadanya.
Dari segi perjalanan Konsert Sure Heboh itu pula, terdapat suasana yang menggalakkan beberapa perbuatan yang jelas dilarang agama seperti pergaulan bebas, suasana melalaikan, pengabaian solat fardhu, remaja pulang lewat malam, pembaziran masa dan tenaga,jelas Naib Presiden Abim, Yusri Mohamad. Mengenai kritikan yang diterima oleh mufti-mufti tersebut dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian, JIM berharap agar kerajaan tidak menghalang para mufti menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk memberi bimbingan terus kepada masyarakat. Bagi JIM, kerajaan seharusnya memberi kepercayaan kepada para mufti yang dilantik oleh kerajaan sendiri untuk mendidik masyarakat. "Adalah tidak munasabah jika mereka dihalang dari membuat kenyataan kepada masyarakat umum", kata Zaid. Justeru, JIM telah meminta agar pihak penganjur utama iaitu TV3 dan para penaja supaya menghormati nasihat Majlis Mufti tersebut. Majlis Mufti dengan jelas tidak mempertikaikan Karnival itu secara keseluruhan tetapi memberi pandangan terhadap konsertnya yang terdapat percanggahan dengan nilai-nilai agama. Memandangkan TV3 akan mengadakan karnival yang lebih besar pada tahun hadapan, JIM telah mencadangkan agar merujuk kepada ulama. Perhatian juga harus diberi kepada masa dan kemudahan yang disediakan seperti kemudahan untuk solat dan pengangkutan pulang. Pergaulan bebas dan persembahan yang membangkitkan nafsu syahwat mesti dihindarkan. Abim pula telah menyatakan kebimbangan mereka dengan kebanjiran program hiburan dan konsert yang dikhuatiri membawa lebih banyak kesan negatif terutamanya kepada generasi muda.
Walaupun hiburan memang sesuatu yang perlu dan diizinkan, namun Abim berpandangan bahawa penekanan dan penonjolannya sudah melebihi kadar yang sepatutnya, kata Yusri yang bertindak sebagai Naib Presiden Abim.
a friend.

Selasa, 2 Oktober 2007

Renungkan Lah


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya..." *****************************************hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan 'cinta' kita kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita anggota tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya...maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati...bukanlah dari akal yg sentiasa lari....

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!