Khamis, 9 Jun 2011

Teh, Dunia dan Aku...

Bismillah...

Teh merupakan antara minuman yang telah sebati dan resmi dengan masyarakat Malaysia. Teh merupakan pilihan yang pasti dalam hidangan harian masyarakat Malaysia. Bermacam variasi perasa telah dieksperimenkan oleh masyarakat dunia dalam usaha menjadikan minuman ini menepati selera masing masing. Di Malaysia sahaja sudah tidak terhitung. Ada ditambah limau, susu segar, perasa perasa tambahan seperti anggur, strawberry dan ada juga yang menambah buah Laici.

Aku merupakan antara penggemar teh. Untuk lebih tepat, teh asli tampa sebarang inovasi baharu. Terkadang aku merasakan teh yang telah ditambah element asing telah menghilangkan fitrah asal teh. Sememangnya aku agak cerewet apabila teh itu tidak mencapai kualiti asas. Menjaga kualiti teh itu padaku merupakan suatu seni yang perlu dipandang berat. Suhu air perlu tepat 100 'c, dan daun teh perlu kembang secara sempurna. Jika prinsip asas ini tidak dipatuhi, maka akan hambar lah hasilnya.

Terdapat pelbagai cara dan tabiat para penggemar teh seluruh dunia. Masing masing berjaya membawa imej mereka sendiri dalam menikmati rasa teh. Malaysia juga turut menjadi tumpuan dunia dalam mempamerkan keunikan tersendiri. Teh tarik merupakan imej Malaysia dalam dunia teh.

Afghanistan adalah antara peminum teh paling dominan didunia. Kebiasaannya, mereka akan menikmati teh pada waktu pagi dan chapati sebagai hidangan utama. Mereka menggemari teh ini ditambah dengan jaggery (sejenis gula merah) dan tidak dengan susu. Kedai kedai teh (tea house) adalah kawasan larangan bagi wanita dan para lelaki hanya akan berada di tea house untuk seketika dan bersegera ke tempat kerja selepas itu.

Berbeza di Iran, para peminum teh akan meneguk teh tampa sebarang tambahan pemanis. Hanya segelintir yang akan menambah gula didalam teh mereka tetapi tidak sekali kali ditambah susu. Kenapa? entah lah..... Teh kebiasaannya dihidangkan dalam bekas yang dinamakan sebagai "samovar". Ia adalah sejenis bekas yang sederhana besar yang digunakan untuk mengekalkan haba kepada teh. Dedaun teh yang ditanam di Iran mengandungi kandungan "caffaine" yang agak rendah berbanding teh lain didunia.

Bagi peminat teh hijau, Jepun adalah antara negara yang mempunyai upacaranya yang tersendiri. "Chanoyu" adalah etika dan peraturan dalam meminum teh yang diasaskan oleh seorang Sami Budha yang bernama Murata Shuko. Terdapat 4 prinsip asas dalam upacara "Chanoyu". Wa (harmony), Kae (respect), Sae (purity) dan Jubu O (tranquility). Prinsip prinsip ini adalah manifestasi keseimbangan dan fitrah diri manusia dengan alam semulajadi. Dalam upacara ini para peminum teh dapat merasai jiwa jiwa mereka menyantuni alam dan sesama jiwa yang hampir. Peace......

Teh mengandungi sejenis kimia yang dikenali sebagai L-Thenine. Ia adalah sejenis zat yang merangsang alpha wave ia itu sejenis gelombang yang merangsang otak untuk kekal cergas dan menjurus kearah sisi pandang sesuatu perkara kearah positif. 3 - 4 cawan teh sehari akan menjadikan otak kita sentiasa bersedia dan tumpu. Berbanding kopi, teh adalah pilihan yang baik untuk mendapat sumber caffeine dalam badan. Ini kerana L-Thenine yang telas berasimilasi dengan caffeine telah menjadikan kesan Thenine untuk bertahan lama.

Hari ini, tabiat meminum teh atau minuman minuman panas telah pudar. Manusia khususnya rakyat Malaysia yang tinggal dibandar bandar lebih tertarik untuk meminum minuman yang bergas, sejuk dan manis. Hasilnya, rakyat menjadi semakin berpenyakit, selalu berkhayal dan tidak bertenaga. Kegemukan adalah antara kesan yang jelas menunjukkan tabiat minum rakyat dizaman yang dilabel moden ini. Maka ayuhlah kita menyahut seruan tuhan agar makan dan minum dari yang baik baik sahaja. Juga marilah kita menolak tabiat merokok yang ternyata merosakkan tubuh badan yang kita pinjam ini.

Wallahua'lam...

2 comments:

inniakhofullah berkata...

salam,

sewaktu tahun 3 semester 1, tajuk research proposal sy adalah tentang antioxidant.Teh merupakan antara sumber yang paling baik sebagai minuman yg mengandungi khasiat antioxidant..namun begitu, akan berlaku pengurangan antioxidant dalam teh jika ditambah susu.

antioxidant catechin akan bind dengan protein drpd susu dan mengurangkan kandungan antioxidant yang diserap dalam badan.itu sebab kte xdigalakkan minum teh dengan susu..teh susu.

teh yang paling berkhasiat dan paling banyak antioxidant adalah green tea.=)

mari minum green tea tanpa gula =)

Ahmad Ridhwan berkata...

yeaa.... green tea

mua favorito....

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!