Khamis, 25 Mac 2010

Sorga: omongan kosongku

Telah dititipkan sebuah kisah, Rabiatul Adawiyyah sedang dalam musafir berjalan diantara Madinah dan sekelilingnya. Taqdir Allah beliau terdengar akan bualan seorang lelaki yang lisannya amat senang menyebut nyebut tentang syurga dan kenikmatannya serta apa yang dijanjikan Allah kepada penghuni penghuni nya.

Rabiatul Adawiyyah melihat dan terus mendengar segala yang diampaikan oleh lelaki itu. Tidak menunjukkan apa apa reaksi. Tidak bersuara. Sang lelaki menyangkakan Rabiatul Adawiyyah terpegun dan terpesona dengan segala yang disampaikannya.

"Wahai manusia!!!" terkejut dan tersentak sang lelaki tatkala digertak Rabiatul Adawiyyah. "Sampai bila engkau akan terpengaruh dengan perkara perkara yang pasti berubah ubah. Dan engkau dilalaikan dengan segenap perkhabaran Allah tentang balasan nikmatnya." Merah padam wajah sang lelaki tatkala diterjah sedemikian rupa.

Rabiatul Adawiyyah menyambung lagi, " Berbuatlah sesuatu didunia ini sementara engkau masih mampu kerana belum tentu engkau dapat menggapai segala perkhabaran itu. Berhentilah engkau dari melalikan manusia dengan tidak memberi peringatan kepada mereka."

Ego memuncak, hati membara, aqal waras diterajang ketepi. " Pergilah engkau dari sini wahai wanita gila!!!" Bentak ganas mencabut tsiqah sang lelaki. "Aku bukan gila. Orang gila adalah orang yang tidak dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan". Lantas berlalu pergi meninggalkan sang lelaki yang hilang tempat bertapak.


Rabiatul Adawiyyah bermadah sendirian, "Oh sungguh malang orang yang asyik tergila gilakan syurga itu. Seandainya dia tidak menjadikan tuhan tempat bermesra dan berlindung. Lupakah dia akan apa yang terjadi kepada bapanya Adam a.s. Beliau asyik dengan nikmat syurga dan akhirnya terlalai dengan godaan syaitan."

" Ya Allah, jika amalan ku kerana menghendaki Syurgamu,
maka engkau haramkanlah syurgamu buatku.
Ya Allah, jika amalanku hanya kerana takutkan Neraka mu,
maka engkau lemparkanlah aku kedalamnya.
Ya Allah, jika amalan ku untuk mencari redhamu,
maka engkau terimalah ia...."

4 comments:

inniakhofullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad Ridhwan berkata...

Firman Allah: Fain tanaza'tum fi syai' farudduhu ila Allah wa rasulihi.

"Dan jika engkau berselisih faham tentang sesuatu perkara, maka kembalilah dikau kepada Allah (kitabnya) dan rasulnya(sunnah yang sohih)"

dengan meneliti saranan Allah diatas, maka kita telah menetapkan diri kita dalam satu satunya jemaah dari 73 jemaah yang diperingatkan rasul keatas kita.

inniakhofullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
inniakhofullah berkata...

pun begitu sahabatku...

ingatlah prinsip terakhir jemaah islam...

membina semangat ukhuwah sesama mukmin.

ukhuwah di bina atas ikhlas akan menatijahkan ketaatan pada Rabb.

dalam pembinaan ukhuwah itu pula,maka tidak selayaknya ahli jemaah itu "berkeras kepala" dalam perkara kebenaran sekiranya ditegur,dan mereka harus telus tidakmenyimpan agenda-agenda tertentu dalam perjalanan jemaah.

Wallaualam..

INNIAKHOFULLAH ABADAN-ABADAN..FILLAH WALILLAH..

:(

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!