Sabtu, 14 November 2009

13 November

Sejak tahun 2007 hingga ke hari ini, tarikh 13 November padaku adalah tarikh peperiksaan akhir semester. Tiada yang istimewa hanya hari hari biasa dalam hidupku. Perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu, ku tempuhi dengan sabar saban tahun. Aku yang dibesarkan dalam keluarga yang bersederhana pengetahuan Islamnya, membawa harapan keluarga yang cuba untuk mengubah fakta bahawa Islam hanya tertinggal atas mimbar Masjid.

Namun tahun ini, 13 November kurasakan berlainan sekali. Tarikh yang tak pernah aku lupa pada tahun tahun lalu, terasa sangat berat untuk kulalui. Kertas Constitutional Law yang kuambil pada tarikh ini membawaku jauh ke dalam permasalahan dan kes kes perlembagaan dan hak asasi manusia. Terasa pening melayang layang kerana telah dibebankan dengan Kertas Islamic Law of Property hari sebelumnya.

Namun kertas yang penuh dengan gramatical eror itu kutempuhi dengan masa yang tidak mencukupi. Selesai menjawab, kudapati ada entri baru dalam telefonku. Ucapan selamat dari ayah menyedarkan aku bahawa satu tahun lagi telah kutempuhi. Hari Kelahiranku yang ke-...( terasa dah tua sangat).



Beberapa peristiwa kucatatkan dalam ingatan ku pada hari ini.

1) Selain peperiksaan yang kulalui hari ini payah dan memayahkan, aku agak terganggu dengan posisi mejaku. " Meja bernombor 806". Demikian nombor yang tercatat dalam slip kemasukan peperiksaan ku. Masalah meja ini bukanlah pada meja yang ku duduki, namun hamba Allah yang ditepi, namun biarlah ku tanganinya sendiri dalam hati. Tak perlulah dinyatakan masalahnya kerana dirasakan akan mengundang rasa tidak senang hati tuan punya meja disebelah.

2) Ucapan takziah dan disertakan dengan doa kepada Saudara Amir Sufi, Ahmad Norfazareez dan abang Hanis Damanhuri dan sekeluarga diatas musibah yang menimpa. Semoga kelak akan dibalas dengan yang lebih baik dan mendapat ganjaran disisi Allah berkat kesabaran antum. Pengajaran daripada peristiwa antum ana terima sebagai pemberian hadiah daripada Allah untuk lebih berjaga jaga.

3) Yang terakhir, rasanya ru'yah solehah yang datang lagi semalam melengkapkan lagi turutan mimpi yang sudah berlarutan dalam semester ini. Tentang satu perkara yang datang berulang ulang namun setiap kali ia datang, akan ada penambahan penambahan yang semakin jelas saban kali. Namun aku tetap berlindung dengan Allah dari permainan mimpi syaitan.

Kemaafan kupinta kerana post kali ini tidak terkandung sebarang fkta ilmiah. Insya allah kajian akan selesai dan akan di publish secepat mungkin. Kepada saudara Umar, sabar sikit lagi eh...

13 comments:

Maisarah BT Mohamed Rafie berkata...

salam...
hamba ALLAH yg duduk sebelah kanan ke kiri meja?

Ahmad Ridhwan berkata...

salam...

kanan dan kiri, keduanya memberi kesan

tapi yang kiri lebih ckit lah...

Maisarah BT Mohamed Rafie berkata...

erk...
ape yg org sebelah kiri tu buat sampai memberi kesan?

Fazareez Fauzi berkata...

Salam
tarikh yg baik untk anda. Slmt Hr Lahir
Tarikh yg juga berlaku musibah..smg Allah merahmati

Unknown berkata...

salam,

kepada fazareez, terima kasih insya allah kalau rahmat ada lebih anan transfer kat enta.

Unknown berkata...

kepada lukisan hati,

orang kat kiri tu over confidence, pastu mintak kertas tak henti henti, mane tak tension.

kite nie, nak tulis name kes pun tunggang terbalik, akhir nye tercipta lah sebuah kes baru yang belum didaftarkan dalam jurnal hukum.

hehe..

adele berkata...

biasalah tu..kes memang bertambah dari hari ke hari..apa pun hepy belated birthday.. :D

Ahmad Ridhwan berkata...

syukran wa trimas

Maisarah BT Mohamed Rafie berkata...

mintak kertas tak henti2?..
tu tandanye org sebelah kiri tu x confident dgn jwpn n byk sgt cancelnye..so terpaksa mtk kertas dan mintak lg..

-pandangan peribadi la..huhu

Wida' berkata...

apa ada dengan consti?
ramai orang berbicara tentang dia.
ramai resah memikirkan dia.

apapun,sanah helwa..

inniakhofullah berkata...

rukyah solehah?pergh mantop..he2..

exam:tak perlu pon amek tahu hal org kat tepi2...sebab....
-dieorg ke kamu yang amek result kamu?
-jadik diri sendiri...selalunya kita akan mudah terpengaruh ngan persekitaran.jangan begitu..kita adalah kita,xleh jadi org len..

p/s: masih ada yg kurang smepurna berbanding enta:

I got a problem with my exam paper..
pada minit terakhir paper tu,saya baru perasan,kertas di bahagian tengah kertas saya dicabut,means takde..hanya Allah yang Tahu waktu tue..I told sis and guys there,but they scold me..
that's ever happen to me..

Pengajaran paling bermakna..belajar dari kelalaian..dan ketidaksempurnaan..
InshaAllah

Ahmad Ridhwan berkata...

salam...

sarah: tak confident dan cancel coz dah jumpe jawapan yang lebih tepat. lagi hebat tue...

shoe: syukran, sebenarnya bukan nak risau sangat, hanya sebuah perkongsian perasaan lepas exam.

erma: semoga ujian yang menimpa membawa kepada ganjaran yang tidak disangka sangka. " Sesungguhnya mereka menyangka mereka adalah orang yang beriman sedang mereka belum lagi diuji"

Tapi pengawas peperiksaan kali nie memang tak patut betul. ramai betul yang menggedik.

Wida' berkata...

gedik?
wa..aku pn x larat tgk..

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!