Selasa, 18 Ogos 2009

Liku Liku Menuju Ramadhan


Sinar Ramadhan Al Mubarak telah mulai terpancar. Bulan yang menjanjikan ibadah yang berlipat kali ganda ganjarannya. Bersyukur aku masih dibekalkan nafas yang kan berbaki entah berpa hari. Aku berharap aku akan diizinkan untuk menyempurnakan sebuah lagi tiang agama yang lima.

Tidak seperti Allahyarham Ustaz Asri Rabbani( semuga dicucuri rahmat keatasnya), umurku masih tersisa untuk saat ini. Pada hari yang sama tahun lalu, pada saat ini aku berada di madrasah lama ku untuk mengajar adik adik sekolahku mengaji Al Quran. Namun tahun ini, aku menghabiskan masa bergelumang dengan tugasan untuk subjek subjek undang undang. Alangkah bahagianya nikmat masa yang terluang. 

Dua tahun lalu, seminggu sebelum tibanya Ramadhan, pada hari ini aku sedang memberikan pengisian dan taklimat untuk program Ihya' Ramadhan. Program tahunan sekolah yang kurindu. Sekolah ku yang bertaraf sekolah agama rakyat berada  dibawah kawalan ku sepenuhnya untuk sebarang program untuk adik adik tersayang.  Berbeda detik kini, aku hanya mampu menunggu sebarang program untuk ku turuti  yang terkadang bersalahan dengan mazhabku. 

Salahkah aku yang menghindari mereka yang bersalahan fikrah dengan ku ini? Atau aku sememangnya ditegah untuk berpendapat sedemikian rupa? Maka tidak dapat tidak, aku terpaksa kembali ke lorong yang membawaku kedaerah pelik ini. Aku ni orang sesat, bisa dicampak ketepi dan dibiar seorang diri. 

Maka sekian lama aku berfikir. Tiada resolusinya yang dapat kubuat. Aku berharap kesesatanku ini akan terubat dek gerimis gerimis ilmu yang gugur ke benak hati hitam ini. Aku bertawassul dengan keberkatan bulanmu  ini ya Allah untuk kembali kepada kebenaranmu.

Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani...

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!