Khamis, 20 Ogos 2009

Pesanan Buatmu Pendamping Setiaku


Dalam perjalananku ini ke gerbang Ramadhan, aku terhenti disebuah bangunan lama. Kulihat didalamnya tersedia segala rantai yang kurasakan kukuh dan tak terputus dek apa jua keganasan. Disinilah titik perpisahan kita duhai pendampingku. Nun didepan sana adalah gerbang yang mengisi didalamnya segala macam bentuk ibadah yang tak dapat lagi kau ganggu. 

Wahai pendampingku, walau aku pergi hanya untuk sebulan aku berharap agar engkau tidak merasakan kehilanganku. Aku percaya didalam pintu gerbang itu ada ramai lagi saudara saudara untuk aku temani. Saudara saudara yang bakal memberikan tazkirah, saudara yang akan mengalunkan kitab suci tuhan, saudara yang akan berhenti merokok, dan jamaah jamaah yang akan senantiasa beroleh dari mereka mutiara hikmah pendekat aku dengan tuhan.

Wahai pendampingku, usah kau khuatir. Setiausaha sulitmu akan menemaniku. Walaupun pengaruhnya kurang memberi kesan, namun akan ku usahakan dia untuk terus diam dan terus membatu atas ketiadaanmu. Sesungguhnya ketahuilah kamu, bahawa gerbang yang bakal kulalui ini merupakan sebuah bengkel untuk mendidik setiausahamu. Terbukti sudah bahawa setiausahamu ini lemah untuk berdepan dengan kelaparan. 

Wahai pendampingku, sudah setahun lebih engkau menghuru harakan ku. Hari ini aku akan meluluskan cuti bergaji buatmu selama sebulan. Akan kusertakan jua tiket untuk kau berbulan madu kelak. Semoga kau sedar bahawa aku juga mampu berdikari untuk hayat ini. Walau kau sangka aku akan kebosanan dek ketiadaanmu, akan ku buktikan sebaliknya. Mushaf akan menjadi penglipurlara buat setiausahamu yang pilu.

Wahai pendampingku, selamat tinggal. Kita akan bertemu semula di gerbang syawal. Akan ku pastikan diriku pada masa itu, bukan lagi diriku yang kau kenal kini. Aku akan mengubah setiausaha sulitmu itu menjadi setiausaha peribadiKU. Akan ku ceritakan kepada mu seluruh isi kitab tuhan yang akan ku khatamkan ayatnya berserta maksudnya.

Maka akan bersaksilah tuhanmu akan setiap janjiku padamu wahai pendamping setia.

Rabu, 19 Ogos 2009

Nida' Rabbuk.

Dari Abu Dzar RA dari Nabi  dari apa yang diriwayatkan Allah kepadanya bersabda:


Wahai hambaku, sesungguhnya aku telah mengharamkan syirik keatas diriku, dan aku jadikan diantara kamu perkara yang haram, maka janganlah engkau menzalimiku. Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua sesat kecuali mereka yang diberi petunjuk dariku, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan.



Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua berada didalam kelaparan kecuali mereka yang aku berikan padanya makanan, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan. Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua tidak berpakaian, kecuali mereka yang aku berikan padanya pakaian, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan.


Wahai hambaku, sesungguhnya kamu membuat kesalahan siang dan malam, dan sesungguhnya akulah yang memberikan pengampunan padamu, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan. Wahai hambaku, sesunghnya engkau tidak memberikan kepadaku mudharat dan tidak pula manfaat.



Wahai hambaku, jikalau setiap dari kamu dari yang pertama hingga yang terakhir, dan setiap manusia dan jin bertaqwa kepadaku sepertimana bertaqwanya Rasulullah, ketahuilah bahawa ianya tidak sesekali  menambah kekuasaanku. Wahai hambaku, jikalau setiap dari kamu dari yang pertama hingga yang terakhir, dan setiap manusia dan jin kufur kepadaku sebagaimana kufurnya Abu Jahal, ketahuilah bahawa ianya tidak sesekali menggugat kekuasaanku.


Wahai hambaku, jikalau setiap dari kamu dari yang pertama hingga yang terakhir, dan setiap manusia dan jin, meminta kepadaku atas perkara yang satu, maka akan aku berikan kepada setiap permintaan itu dan tidaklah ia mengurangi kekuasaanku kecuali seperti setitis air yang jatuh dari sebuah jarum apabila dicelup kedalam laut.



Wahai hambaku sesungguhnya bagi setiap amalan kamu akan dibalas setimpal dengannya. Barangsiapa yang beroleh kebaikan maka segala puji bagi Allah, dan barangsiapa yang beroleh selain darinya, maka ketahuilah tiada siapa yang dapat dia salahkan kecuali dirinya sendiri. 


Hadth Qudsi diriwayatkan oleh Muslim, Uwanah, Ibnu Hibban dan Al Hakim.

Selasa, 18 Ogos 2009

Liku Liku Menuju Ramadhan


Sinar Ramadhan Al Mubarak telah mulai terpancar. Bulan yang menjanjikan ibadah yang berlipat kali ganda ganjarannya. Bersyukur aku masih dibekalkan nafas yang kan berbaki entah berpa hari. Aku berharap aku akan diizinkan untuk menyempurnakan sebuah lagi tiang agama yang lima.

Tidak seperti Allahyarham Ustaz Asri Rabbani( semuga dicucuri rahmat keatasnya), umurku masih tersisa untuk saat ini. Pada hari yang sama tahun lalu, pada saat ini aku berada di madrasah lama ku untuk mengajar adik adik sekolahku mengaji Al Quran. Namun tahun ini, aku menghabiskan masa bergelumang dengan tugasan untuk subjek subjek undang undang. Alangkah bahagianya nikmat masa yang terluang. 

Dua tahun lalu, seminggu sebelum tibanya Ramadhan, pada hari ini aku sedang memberikan pengisian dan taklimat untuk program Ihya' Ramadhan. Program tahunan sekolah yang kurindu. Sekolah ku yang bertaraf sekolah agama rakyat berada  dibawah kawalan ku sepenuhnya untuk sebarang program untuk adik adik tersayang.  Berbeda detik kini, aku hanya mampu menunggu sebarang program untuk ku turuti  yang terkadang bersalahan dengan mazhabku. 

Salahkah aku yang menghindari mereka yang bersalahan fikrah dengan ku ini? Atau aku sememangnya ditegah untuk berpendapat sedemikian rupa? Maka tidak dapat tidak, aku terpaksa kembali ke lorong yang membawaku kedaerah pelik ini. Aku ni orang sesat, bisa dicampak ketepi dan dibiar seorang diri. 

Maka sekian lama aku berfikir. Tiada resolusinya yang dapat kubuat. Aku berharap kesesatanku ini akan terubat dek gerimis gerimis ilmu yang gugur ke benak hati hitam ini. Aku bertawassul dengan keberkatan bulanmu  ini ya Allah untuk kembali kepada kebenaranmu.

Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani...

Rabu, 5 Ogos 2009

Mahasiswa Takut

Ungkapan syair Taufiq Ismail ( Indonesia)


Pelajar takut pada dosen( pensyarah)

Dosen takut pada dekan

Dekan takut pada rektor

Rektor takut pada menteri

Menteri takut pada presiden

Presiden takut pada Pelajar.


Persoalannya anda takut siapa????


Demikian sebuah puisi yang telah menampar keras benak sanubari dan logik akal para mahasiswa indonesia pada 1998. Tamparan keras ini telah menyedarkan para mahasiswa untuk bangkit menentang kezaliman pemimpin pada zaman nya. Walaupun kebarangkalian untuk berjaya tidak sejelas ufuk pagi, namun mereka tetap percaya dan terus menempuh segenap rintangan. Presiden Suharto yang memerintah indonesia pada masa itu tidak terdaya menghalang gelombang perubahan yang dibawa para mahasiswa.


Mereka adalah Muhammad Alfian, Ketua Umum Himpunan Mahasiswa Muslim Antar Kampus (HAMMAS). Berikutnya, Ahmad Hadi Hardilani, juru bicara Forum Komunikasi Senat Mahasiswa Jakarta (FKSMJ). Dan, Fitra Arsil, Ketua Umum Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI). Di tengah angin perubahan yang berembus di negeri ini, ketiga kelompok gerakan mahasiswa itu turut mengukir peranan uniknya demi bangsa tercinta.


Peranan mahasiswa merupakan antara sebab kejatuhan empayar beliau .


Sinar sinar semangat mahasiswa seberang mulai menyusup tenang dibenak mahasiswa Malaysia. Isu isu yang dirasakan bersalahan dengan nature of justice akan ditolak dengan cara yang berhikmah dan tersusun rapi. Perhimpunan demi perhimpunan yang diadakan pasti akan di sertai golongan majoriti rakyat Malaysia ini.


PPSMI, ISA dan akan menyusul perhimpunan demi perhimpunan, pasti akan menjadi sumbu sumbu pencetus ledakan mahasiswa. Penafian pihak pihak tertentu hanya akan membawa kepada ledakan yang lebih besar. Jesteru para mahasiswa, aku menyeru agar kalian bangkit untuk menyatakan yang hak. AUKU pasti akan menghalang anda, maka berfikirlah sesuatu yang tidak dapat difikirkan dan berevolusi lah anda dari angan angan yang kosong kepada pelaksanaan yang hakiki dan teratur.


Salam perjuangan ayyuhal ihkwah wal akhowat.

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!