Selasa, 30 Jun 2009

Gelombang Biru

Pada suatu hari yang tidak tidak terlalu panas, kampus yang sunyi dan selama ini sepi secara tiba tiba dilanda gempa bumi. Aku yang sedang cuba berkhalwat bersendirian di bilik hukum, merasakan diri semakin terancam. Hari apakah ini? Hari lawatan sambil belajar di USIM kah? Hampir keseluruhan kampus dipenuhi makhluk biru ini.
Bumi USIM yang sedang aman dek kerenah birokrasi mulai diratah rakus oleh makhluk yang tak pernah kulihat. Dalam sayup kejauhan, ku terpanar melihat susuk tubuh seseorang yang ku kenal.
Tak salah firasatku Sheikh Maulana Umar Mukhtar Al Ittihadi sedang memimpin sebuah jemaah yang kukira jauh lebih besar jumlahnya dari bilangan jari tangan ku. Berketerampilan seperti seorang peguam syarie, Syeikh memang suke melaram.
Kucuba menghampiri kader muda itu. Assalamualaikum. Beliau berpaling lantas melontar senyuman manis. Mana enta jumpa makhluk makhluk biru ni? soalku spontan. Ni lah adik adik enta yang baru. Jawabnya mudah. Oh hampir ku terlupa, hari ini hari kemasukan generasi sarjana muda entah keberapa USIM.
Sudah setahun lamanya aku bergelar seorang siswa yang cuba dan bakal menggenggam sebuah skrol LLB dan LLBs. Bermacam tembok telah kurobohkan untuk menuju pentas utama malam konvo. Namun, semua itu hanyalah ujian pertama, kerana segalanya akan menjadi lebih mencabar saat mulanya semester baru minggu hadapan.
Jumlah generasi baru yang bakal mewarisi perjuangan siswa siswi undang undang tahun ini agak mengejutkan. Semuanya gara gara kenaikan requirement untuk seseorang memasuki kursus undang undang. Band 4 diperlukan untuk membawa anda memasuki dewan kuliah law.
Hasilnya, tidak lebih dari 15 orang sahaja yang bakal memasuki kuliah undang undang tahun satu sesi 2009/2010. Satu jumlah yang lebih sedikit dari jumlah jari manusia normal. Satu lagi rekod yang dicatatkan USIM sepanjang aku menuntut ilmu di isntitusi ini. Jumlah terkecil untuk satu kursus yang aku tahu adalah sejumlah 24 orang yaitu kursus sains komputer sesi 2008/2009.
Malam semalam, dengan segala keberatan hati, kulangkahkan jua kaki menghidupkan enjin motor Kiai Fazareez lantas meluncur perlahan menuju stadium. Malam Aprisiasi Seni bakal berlansung jam 8 malam. Malam ini adalah malam kemuncak minggu taaruf siswa siswi baru dimana sejumlah maksiat akan dilakukan. Astaghfirullah.
Malam yang aku boikot pada minggu taaruf ku itu kuhadiri sekali lagi. Hanya untuk melepaskan bisa racun racun Law Asia Competition yang masih menyengat. Kuterhibur melihat telatah adik adik tahun satu yang baru membuat persembahan. Antara persembahan terbaik tentunya nasyid. Yang paling menghibur adalah tarian zapin oleh adik adik siswa. Tarian yang bersepah sepah dek kurangnya latihan adalah tujuan utamaku menghadiri malam yang lalai ini.
Selesai semua persembahan lelaki, tiba giliran persembahan perempuan. Aku mulai menyusup keluar. Kuhimpit tubuh tubuh yang lalai dan aku berjaya meloloskan diri. Persembahan tarian perempuan adalah benda yang aku paling benci. Maksiat yang nyata. Tiada sebarang khilaf padaku.
Hari yang penat ini kuakhiri dengan muhasabah. Inilah realiti kehidupan seorang pelajar yang lalai di USIM. Semoga hari esok perisai pertahananku semakin utuh untuk menafikan fitnah akhir zaman dalam dunia Islam.

5 comments:

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

sokong-sokong! humoristic tapi bermanfaat..tanpa khilaf.

Ahmad Ridhwan berkata...

salam umar,

humoritic adalah antara pendekatan dakwah yang sangat berkesan mutakhir nie.

sukelah tu name die ade.

nur haziraa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nur haziraa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nur haziraa berkata...

knp tendang budak2 tu..kesian depa!huhu

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!