Isnin, 11 Mei 2009

Nizar Menteri Besar Perak yang Sah










 
Mahkamah Tinggi kuala Lumpur hari ini mengumumkan keputusan perbicaraan berhubungan isu Jawatan Menteri Besar Perak yang dirampas oleh Zambry dari Nizar February lalu. Hakim Abd Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar masih lagi Seorang Menteri Besar yang sah. Beliau mengulas bahawa seorang Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya setelah undi tidak percaya diluluskan oleh dewan.

Yb Nizar dalam perangkaannya akan  pergi menghadap baginda sultan Perak esok. Manakala permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan penghakiman turut ditolak hakim. Pada 13 february lalu, Nizar telah menfailkan saman mencabar perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Yb Nizar turut meminta mahkamah untuk mengeluarkan perintah pengisytiharaan bahawa Zambry yang dilantik pada 6 February lalu tidak berhak memegang jawatan sebagai seorang Menteri Besar. Dalam permohonan itu wakil rakyat pas itu mendakwa diri sebagai seorang Menteri Besar yang sah atas 3 alasan:

1) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak
2) Tiada usul tidak percaya yang diusulkan oleh DUN Perak untuk melucutkan jawatannya.
3) Tidak terdapat sebarang perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Nizar turut meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada Zambry untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab bagaimana dan atas dasar apa Zambry sebagai responden berhak memegang jawatan seorang Menteri Besar. Nizar juga memohon injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas tugas sebagai seorang Menteri Besar.

Nizar akan menghadap baginda sultan untuk mendapatkan persetujuan baginda untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri yang baru.

Perak will face another chaotic election... Takbir!!!



0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!