Jumaat, 15 Mei 2009

Ahlan Influenza A(H1N1)

Ini tidak bermaksud ana gembira. Sebuah kes influenza A(H1N1) telah dilaporkan di Malaysia. Dilaporkan pesakit itu ialah seorang pemuda yang berumur 21 tahun yang baru sahaja pulang dari America Syarikat pada rabu lalu dan sedang diquarantin di Hospital Sungai Buluh.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Ismail Merican dilaporkan berkata : "Kementerian ingin memaklumkan bahawa satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh hari ini positif Influenza A(H1N1). Ia merupakan kes pertama penyakit ini yang dikesan di Malaysia."

Kerajaan ternyata telah mengambil langkah yang proaktif dan sentiasa berwaspada untuk berdepan wabak ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada PM Dato Sri Najib kerana ternyata beliau telah bersedia awal untuk wabak ini. Setiap laungan beliau kelak perlu dihayati rakyat kerana ternyata beliau mengetahui sesuatu yang anda tidak ketahui.

p/s : sila klik link diatas.

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!