Khamis, 23 April 2009

Konklusi IBFF

Read in the name of god that creates you. Sebuah kalam suci ilahi yang membuatkanku memasakkan niat memulai sebuah rehlah kesebuah daerah jauh diibu kota. Putra World Trade Centre tempat dituju menjadikan tanggal 22 April lepas sebuah tarikh yang mengubah perspektifku kepada gelagat manusia. Perjalanan ini telah kurancang rapi bersama jiran dua belah rumah@ Hazimin. Perancangan asal hanya berdua namun ada yang bercadang mengekor. Akhirnya kumpulan rehlah berkembang menjadi enam orang.

PWTC berada ditengah metropolis kuala lumpur bersebelahan bangunan United Malayan National Organization.Festival Pesta Buku Antarabangsa menawarkan timbunan buku yang akan dijual dengan diskaun diskaun yang tinggi. Bak kata Hazimin "kalau takde diskaun, baik takde pesta". Selepas turun dari komuter distesen Putra, maka bertebaranlah kami di muka bumi Allah yang luas mencari hikmah sebalik setiap penciptaan. 

Konklusi Awal yang dapat disimpulkan ialah masyarakat Malaysia terutama segolongan remaja mempunyai tahap kesedaran yang tidak memuaskan terhadap pembacaan akademik. Di setiap pesta buku yang pernah aku hadiri, gerai yang akan menjadi tumpuan ramai adalah gerai MOY bersama sama segala majalah sampah mereka yang ternyata sebahagiannya merosakkan bahasa. Dalam situasi bahasa melayu semakin ditindas oleh bahasa lain dinegara sendiri, anak bangsa nya sendiri cuba menjahamkan lagi status bahasa yang kian punah.
 
Konklusi Kedua yang dapat aku simpulkan adalah bersumberkan kata kata Hazimin yang berbunyi: "Kalau nak cari perempuan, Cari siswi yang siqqah kat pesta buku". Demikian adalah standard yang dicari oleh seorang jejaka yang bernama Hazimin. Kita selaku seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin memerlukan seorang pembantu yang mempunyai pengetahuan am yang meluas dan tidak terlalu berkelakuan seperti katak dibawah mangkuk. 

Konklusi Ketiga seputar melintasi ruang ekonomi semasa. Pada tahun tahun lalu pesta buku akan menerima kunjungan saudagar buku yang akan membuat tempahan gerai. Maka ruang legar PWTC yang berada di seberang sungai Kelang akan dibuka. Tetapi tahun ini, pesta buku tidak memerlukan ruang diseberang sungai itu. Ini menunjukkan kesan ekonomi yang meleset mulai jelas dalam negara kita Malaysia. Ini adalah anggaran yang mungkin benar atau tidak. Ada laporan mengatakan ruang disebelah sungai tidak dapat digunakan kerana dilimpahi air sungai yang melimpah semasa banjir kilat baru baru ini. 
Konklusi Keempat pula mempamerkan seorang tokoh yang tidak asing lagi dikalangan pencinta ulama' yaitu Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kebanyakan gerai gerai yang dibuka menjual kitab kitab yang dikarang oleh Menteri Besar Kelantan ini. Kredibiliti,ketokohan dan personaliti tok guru diiktiraf oleh masyarakat malaysia tidak kira bangsa dan agama. Pengaruh mantan mursyidul am Pas itu mampu menarik minat segenap masyarakat tidak kira orang iasa mahupun artis artis tanah air.

Kesimpulannya, Pesta buku sedikit sebanyak mempamerkan sebuah gambaran yang jelas tentang kondisi negara ini. Bidang penulisan merupakan sebuah bidang yang mampu mencetus sebuah revolusi baru seiring kehendak semasa. Seperti sebuah ungkapan hikmah yang diucapkan oleh seorang tokoh barat "Read you will conquer the world".

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!