Jumaat, 16 Januari 2009

Demo Untuk Mu palestin.

Pada 13 Januari lalu, Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) telah menganjurkan sebuah siri rapat umum untuk membantah kekejaman tentera zionis Israel menggempur Gaza. Perhimpunan yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh para mahasiswa dan staff.

Perhimpunan ini telah disuarakan oleh Dato' NC sendiri dan dilaksanakan oleh ahli jawatan kuasa penggerak Seketriat Pendakwah Muda Malaysia. Perarakan pertama USIM ini dianggap bersejarah kerana ia adalah rapat umum pertama sejak diiktiraf sebagai universiti. Sebermula pada perhimpunan pada jam 9, kami mulai bergerak daripada bangunan Censelori ke stadium tertutup Nilai sambil melaungkan slogan dan kutukan terhadap kekejaman rejim.

Walaupun berkali-kali kami( SPMM ) diingatkan agar tidak menggunakan kalimah kalimah yang mungkin mencetuskan kontroversi, namun laungan takbir tetap bergema memaparkan semangat para mahasiswa muslim tidak akan goyah walau diasak bermacam cara.

Kepada semua jentera penggerak SPMM, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana berjaya mencetus perubahan khususnya berkenaan dengan kebebasan dan hak mahasiswa untuk bersuara. Semoga kita berjaya memacu Islam ke puncak kemenangan.


* pada hari jumaat ini bersamaan 16 januari, sebuah lagi demonstrasi akan berlangsung di perkarangan Masjid Perdana Nilai seusai solat jumaat. kepada yang berkesempatan diharap dapat menghadirkan diri untuk sama sama kita menzahirkan bantahan kita kepada dunia.*

1 comments:

nur hazirah berkata...

masyallah. . teruja tgk!
tak berkesempatan mengikuti demo aritu..

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!