Khamis, 17 April 2008

Final Exam Tamhidi Syariah Undang Undang



Study,study dan terus study. Mind setting semua pelajar USIM bulan ini. Komputer akan berhibernasi selama satu bulan dan akan hidup semula untuk melihat wajah tuannya yang telah lega dari bahang peperiksaan. Itu cerita lepas periksa, tapi sekarang mesti syudy dulu... Dalam kesibukan study nie, tidak semena mena ada pula assignment yang berkunjung membuatkan sebahagian dari mereka menerima tekanan yang tak lah besar sangat tapi cukup untuk mengganggu konsentrasi study. Law And Society...subjek yang dikhabarkan mudah namun indah khabar dari rupa. Walaupun subjek ini berbunyi santai, tapi kadang kadang lebih serius dari General Principal of Malaysian Law. Sebenarnya bukan subjek itu yang membebankan tapi lecturer yang mengajar tu strict sikit. Dia mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Legal Method(memang kene strict sikit sbb payah) selama 8 tahun.Tak hairan lah kalau dia nie jenis strict.

Apa pun peperiksaan ini akan menetukan masa depan para pelajar walau dimana pun mereka berada. Sedia maklum, tujuan peperiksaan adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman para pelajar untuk menguasai subjek subjek tertentu. Sekali gus akan menentukan kemampuan dan usaha yang telah dihabiskan oleh mereka selama satu semester. Namun, tahap kebergantungan makhluk kepada khaliq akan menjadi kayu ukur dan penentu kepada kejayaan hidup setiap insan yang dhoif, hina dan lemah dari segenap sudut. "Allahumma arina hakkun hakkan warzuknat tibaa'h, wa arina batilan batilan warzuknaj tinabah"

1 comments:

Ash berkata...

Salam, saya ingin mengambil jurusan undang-undang. Anda mengambil bidang TSU kan? Apakah bezanya dengan asasi undang-undang atau diploma undang-undang? Die belajar civil law dgn syariah skali ke?

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!